TATACARA PELAKSANAAN PROGRAM

Kertas kerja perlu disediakan bagi sebarang intervensi / program yang bakal dilaksanakan. Kertas kerja berkenaan perlu selari dengan intervensi di dalam Pelan Intervensi Transformasi Sekolah (PInTaS) yang telah dirangka bagi menangani isu - isu di sekolah. 

PENYEDIAAN KERTAS KERJA YANG MENGANDUNGI


PROSES PLAN, DO, CHECK, ACTION (PDCA)

PLAN

Setiap intervensi / program yang dicadangkan di dalam PInTaS perlu mempunyai perancangan. Perancangan di dalam bentuk kertas kerja perlu dibentang kepada pihak atasan untuk mendapatkan kelulusan Ketua Jabatan. Pembentangan boleh dibuat semasa mesyuarat rasmi atau berjumpa dengan pihak pentadbiran. 

DO

Setelah mendapat kelulusan, laksanakan intervensi yang telah dirancang mengikut jadual kekerapan yang telah disediakan. Proses ini perlu dokumentasikan untuk dijadikan sebagai bahan bukti atau eviden bagi tujuan keberhasilan (PBPPP). 

CHECK

Proses ini mengukur sejauh mana kejayaan yang diperolehi berdasarkan intervensi yang telah dijalankan. Adakah terdapat isu - isu dalam pelaksanaan intervensi, pencapaian objektif, halangan - halangan yang timbul dan sebagainya. 

ACTION

Fasa ini ialah di mana tindakan susulan diambil bagi menangani isu - isu yang timbul agar perjalanan intervensi tidak tergugat (dengan mengandaikan bahawa intervensi tidak berjalan seperti yang dirancang). 

Bagi intervensi yang memperlihatkan impak yang positif, maka tindakan susulan ialah dalam bentuk meneruskan intervensi ini pada masa - masa hadapan dengan membuat penambahbaikan dalam memastikan kelestarian berlaku.